Tuesday, 27 December 2011

Saya ke office ibu saya...

Hari ini saya ke office ibu saya. Saya berjumpa dengan dua orang budak kecil 2 tahun dan 4 tahun.Nama dia Haziq Akmal Hakim dan Haziq Danial Hakim. Diorang tu sangat nakal. Asyik nak main game kat laptop abang saya. Nasib baik saya cakap saya buat kerja kalau tak mesti diorang minta saya buka game... Hmm,pening saya dibuatnya. Pernah sekali ii dia merajuk sebab saya cakap saya asyik buat kerja dan tidak beri dia main game. Saya buat tak tahu saja lah. Selepas itu dia belagak ada banyak komputer padahal takda pun... Selepas dia keluar dari office ibu saya, saya main game sebab dia tidak ada. Rupa rupanya dia balik office ibu saya 30 minit kemudian. Rupanya dia beli makanan di kedai mamak sebelah office mak saya. Selepas dia datang balik ke office mak saya , dia nampak saya main game lalu dia melopong melihat saya main game. Selepas itu,saya berkata dengannya,'Tadi kata ada banyak komputer jad mainlah komputer kau.' Akhirnya da mengaku juga yang dia tidak mempunyai komputer. Terbongkar sudah rahsianya... Selepas itu saya kasihan kepadanya lalu memberinya main game di laptop abang saya. Sampai di sini sahajalah buat masa ni. Bye bye...

No comments:

Post a Comment