Saturday, 24 November 2012

Cinta..Cinta...Cinta....

Assalamualaikum,Kat luar sana pa khabar? Mungkin x tahu blog saya. Takpalah kalau saya syok sendiri...

        Adakala manusia ini pelik,ganjil dan sebagainya sifat manusia yang kita cari ataupun x. Maybe kita akan jumpa apa yg kita cari dengan usaha. Kadangkala org x faham kenapa cari jodoh dengan usaha,bukankah ia ketentuan tuhan. Ok,first skali memanglah ketentuan Tuhan tapi pernah x kita terfikir kalau kita terperap kat rumah setiap hari,adakah kita akan menjumpai jodoh kita??? Mungin kita menunggu jodoh kita sambil memilih tetamu2 sebagai jodoh? Abistu kalau xde tetamu sudi berkunjung ke rumah kita selain saudara2 kita?! Hey,come on!!! Jodoh bkn main2...

      Adakah jodoh org ya kita cinta???

   Maybe yes and maybe not... Berdoalah agar kita dpt org yg kita cintai. Tahu tak doa itu pun satu usaha tau. Doa tu bkuasa mengubah segalanya. Kalau kita kawin paksa,doalah supaya kita akan cintai org yg kita kawin tu. Iaitu jodoh kita!!! Tapi kalau masih di luar sana yg not loving each other,maybe korang perlu lebih usaha terutamanya isteri... Cinta selepas kawin lebih bkuasa drpd cinta sebelum kawin tau?! Maybe...
Jgnlah terperanjat beruk kat sini. Sebenarnya kalau apa yg kita doa tidak ditunaikan kerana Tuhan mahu beri yg lebih baik mungkin,Insya Allah... lainlah kalau kita doakan yg x baik atau tidak membuat apa yg wajib. Allah syg kita kalau kita syg dia...


    Bye,tq kerana sudi membaca...

Monday, 2 January 2012

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Siapa dah tengok cerita Ombak Rindu? Sesiapa yang belum tengok cerita Ombak Rindu,biar saya ceritakan jalan ceritanya. Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Tuesday, 27 December 2011

Saya ke office ibu saya...

Hari ini saya ke office ibu saya. Saya berjumpa dengan dua orang budak kecil 2 tahun dan 4 tahun.Nama dia Haziq Akmal Hakim dan Haziq Danial Hakim. Diorang tu sangat nakal. Asyik nak main game kat laptop abang saya. Nasib baik saya cakap saya buat kerja kalau tak mesti diorang minta saya buka game... Hmm,pening saya dibuatnya. Pernah sekali ii dia merajuk sebab saya cakap saya asyik buat kerja dan tidak beri dia main game. Saya buat tak tahu saja lah. Selepas itu dia belagak ada banyak komputer padahal takda pun... Selepas dia keluar dari office ibu saya, saya main game sebab dia tidak ada. Rupa rupanya dia balik office ibu saya 30 minit kemudian. Rupanya dia beli makanan di kedai mamak sebelah office mak saya. Selepas dia datang balik ke office mak saya , dia nampak saya main game lalu dia melopong melihat saya main game. Selepas itu,saya berkata dengannya,'Tadi kata ada banyak komputer jad mainlah komputer kau.' Akhirnya da mengaku juga yang dia tidak mempunyai komputer. Terbongkar sudah rahsianya... Selepas itu saya kasihan kepadanya lalu memberinya main game di laptop abang saya. Sampai di sini sahajalah buat masa ni. Bye bye...

Wednesday, 21 December 2011

Datang ke Sabah...

Hai,hari ini saya ke Sabah. Sudah tiga hari saya ke sini. Hari ini saya ke Gunung Kinabalu... Saya nak cuba mendakinya tapi ia sangat tinggi. Saya tidak larat untuk menaiki sampai ke atas... Jadi saya cuma dapat menangkap gambar gambar persekitaran. Saya dapat melihat ramai orang yang menaiki Gunung Kinabalu itu kelihatan penat. Seterusnya saya telah pergi ke Poring, Hot Spring. Pertama sekali saya ke kolam air panas. Kolam air panas itu haruslah diisi air. Ia mengambil masa yang lama. Jadi saya menunggu dengan tenang. Akhirnya airnya banyak dan seronok untuk mandi. Dan selepas itu saya ke kolam air sejuk pula. Dapat bermain gelongsor. Selepas itu,saya pulang ke rumah sewa di Sabah. Agak lama untuk pulang... Tetapi alhamdulilah sempat sampai ke rumah. Seronoknya dapat bercuti ke sini. Banyak pemandangan menarik... Sampai di sini sahaja coretan saya. Saya rasa ini pengalaman yang terbaik bagi saya...

Monday, 12 December 2011

I have a new handphone...

Hi,friends. On 6th December I have bought a new handphone. It is Samsung galaxy S II. It is an iphone killer... i'aam so happy because get a new handphone. The handphone cost me RM 2800.00. Thank you to my father. Bye bye!

Get started

Hye,I am new here. I'm Aida Sabrina. I am 12 years old... Thank you for all people that reading my blogs... Thank you very much.