Wednesday, 21 December 2011
Datang ke Sabah...
Hai,hari ini saya ke Sabah. Sudah tiga hari saya ke sini. Hari ini saya ke Gunung Kinabalu... Saya nak cuba mendakinya tapi ia sangat tinggi. Saya tidak larat untuk menaiki sampai ke atas... Jadi saya cuma dapat menangkap gambar gambar persekitaran. Saya dapat melihat ramai orang yang menaiki Gunung Kinabalu itu kelihatan penat. Seterusnya saya telah pergi ke Poring, Hot Spring. Pertama sekali saya ke kolam air panas. Kolam air panas itu haruslah diisi air. Ia mengambil masa yang lama. Jadi saya menunggu dengan tenang. Akhirnya airnya banyak dan seronok untuk mandi. Dan selepas itu saya ke kolam air sejuk pula. Dapat bermain gelongsor. Selepas itu,saya pulang ke rumah sewa di Sabah. Agak lama untuk pulang... Tetapi alhamdulilah sempat sampai ke rumah. Seronoknya dapat bercuti ke sini. Banyak pemandangan menarik... Sampai di sini sahaja coretan saya. Saya rasa ini pengalaman yang terbaik bagi saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment